Mukaddimah


.

Assalamualaikum.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,

Saya dengan besar hati ingin memulakan coretan dan perkongsian peribadi saya tentang penyusuan susu ibu.

Sejak sebelum berumah tangga lagi, saya sudah memasang angan-angan untuk menyusukan anak kerana bagi saya, susu ibu adalah suatu anugerah yang terindah dalam hidup seorang wanita.  

Selain percaya pada khasiat susu ibu, saya juga menginginkan ikatan kemesraan antara ibu dan anak. 

Perkara pertama yang saya buat sebaik sahaja saya mengetahui tentang kehamilan saya adalah saya berdoa supaya Allah rezekikan anak saya susu dari tubuh badan saya sendiri.

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, pada usia kandungan lebih 8 bulan, tubuh badan saya sudah mula menghasilkan susu. 

Mengapa dan bagaimana boleh terjadi usah ditanyakan pada saya. Bagi saya, semua itu rahsia Allah.

Istimewanya penyusuan susu ibu ni sehingga Allah firmankan dalam Al-quran, surah Luqman ayat ke-14.
 


Betapa Allah mengangkat martabat seorang ibu.

Semoga saya dan ibu-ibu lain berusaha untuk menghargai dan menikmati kurniaan Allah ini.

InshaaAllah, saya akan kongsikan tips-tips penyusuan susu ibu dan kisah pengalaman dalam penyusuan susu ibu.

Teruskan membaca ye.

Sekian,
Wassalam.